Jumaat, 24 Februari 2012

Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011 telah membincangkan Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

1.Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.

2.Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.

3.Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.

4.Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara (iii) di atas.


KLIK SINI UNTUK DAPATKAN PROPOSAL TAKAFUL PERCUMA

Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah

Untuk renungan bersama . Dari web E-Fatwa JAKIM.

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 - 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah. Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba. Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisyen yang diterima dalam proses transisi dari sistem konvensional kepada takaful adalah dimaafkan.

Keputusan (English): 
The Ruling on Promoting Conventional Products From Shariah Perspective

Decision:

The 89th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 14th -16th December 2009 has discussed the ruling on promoting conventional products from Shariah perspective. The Conference observed that Syariah based Takaful system is growing rapidly. This product needs support from Muslims to further develop the system of Islamic muamalat. Therefore, Muslims are prohibited from promoting conventional insurance products that are based on usury. However, income and commission gained during the transition period from the is conventional system to takaful acceptable.
Keterangan/Hujah: 
Hukum terhadap insurans konvensional adalah jelas keharamannya mengikut kesepakatan para ulama’ kerana ia mempunyai elemen tidak patuh syariah iaitu riba, gharar dan maisir.
Keharaman muamalah riba tidak terhenti setakat amalan itu sahaja, bahkan Allah SWT telah mengisytiharkan perang kepada pemakan-pemakan harta riba. Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengemukakan pandangan bahawa bekerja di bank adalah dibenarkan selagi mana tidak berinteraksi secara terus dengan kontrak riba.
Para sarjana Islam semasa bersepakat mengatakan bahawa sebarang pekerjaan yang berurusan secara terus (direct) dengan kontrak riba adalah haram kerana termasuk dalam larangan Nabi SAW yang membawa kepada laknat. Ijtihad para sarjana Islam dalam menghukumkan keharaman pekerjaan yang bersangkutan dengan amalan riba contohnya di sektor ribawi adalah bertepatan dengan kaedah kulliyyah yang menyebut :

" ما حرم أخذه حرم إعطأوه "

Maksud: Sesuatu yang haram menerimanya juga diharamkan memberinya.

Dalam erti kata lain, kaedah ini membawa maksud apa sahaja perkara haram diambil atau mengambilnya, haram juga hukumnya memberikan kepada orang lain. Illahnya ialah ia akan membantu atau menolong kepada perbuatan yang diharamkan.
Dalam kes mempromosi produk-produk insurans konvensional, para ejen sememangnya bertugas untuk memasarkan produk-produk konvensional yang telah diputuskan haram secara sepakat. Maka dengan sebab itu, hadith Nabi SAW yang jelas melarang umat Islam daripada terlibat dengan urusan dan perniagaan ribawi iaitu yang bermaksud: ”Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, pemberi wakilnya, pencatatnya dan dua saksinya. Nabi SAW bersabda: Semuanya sama-sama dilaknat” adalah terpakai dalam konteks ini. Walau bagaimanapun, bagi pekerja-pekerja yang tidak berurusan secara langsung dengan kontrak dan perniagaan riba, mengikut pandangan beberapa ulama’ seperti yang disebut di atas, pekerja-pekerja tersebut tidaklah dihukum mengikut hadith Nabi ini.
Terdapat juga pandangan yang mengatakan selagi mana seseorang Muslim itu bekerja di bawah “bumbung” institusi yang mengamalkan sistem riba, pekerjaan mereka adalah ditegah kerana menyokong sistem yang dicela oleh Allah itu.
Sistem insurans berlandaskan syariah sedang pesat berkembang pada masa ini dan umat Islam yang bekerja dalam sektor insurans konvensional berlandaskan sistem yang ditegah oleh Islam wajar memilih sistem yang berlandaskan syariah.
Islam mengharamkan umatnya dari melibatkan diri dalam apa jua muamalah yang melibatkan riba kerana riba akan membawa kemusnahan kepada hidup manusia. Oleh itu tindakan mempromosikan atau mengajak orang lain menerima sesuatu yang berteraskan riba adalah jelas dilarang oleh Islam.
Mereka yang bekerja dalam mempromosikan skim insurans konvensional berlandaskan riba perlulah berusaha dan bertekad bersungguh-sungguh untuk meninggalkannya dan dalam proses peralihan tersebut pendapatan yang diterima adalah halal dan dimaafkan oleh Islam.


KLIK SINI UNTUK DAPATKAN PROPOSAL TAKAFUL PERCUMA 





Rabu, 22 Februari 2012

Penamaan Waris Takaful.


Untuk proses penamaan pewaris, keistimewaan yang anda dapat dari Syarikat Takaful, sekiranya berlaku pada apa2 kejadian tidak diingini terhadap anda, anda boleh memilih samada ingin menggunakan kaedah WASI atau pun HIBAH.

SYarikat Takaful menawarkan :


Wasi : perlu ikut sistem faraid sebagai pemegang amanah. Dan pewaris yang anda namakan tidak dapat 100% pampasan yang anda ingin berikan. Hanya 2 pemegang amanah sahaja boleh didaftarkan.

Hibah(Hadiah) : anda boleh hibahkan sehingga kepada 4 orang waris atau sesiapa sahaja yang anda inginkan termasuk pemilik badan2 kebajikan.

Jika apa2 berlaku pada anda, siapa sahaja penama yang anda daftarkan akan mendapat 100% bayaran pampasan tanpa boleh dicabar di mahkamah.

Jika anda menyediakan insuran/takaful adakah anda ingin pastikan pewaris anda mendapat 100% atau hanya sebahagian sahaja dari yang anda ingin berikan? Apa guna perlindungan RM1 juta tapi waris hanya blh dapat RM100K selepas tolak sana dan sini?



Contoh: 


Anda ingin memberikan pampasan RM 100K kepada isteri anda. Tetapi telah dicabar di mahkamah syariah oleh adik beradik etc. Maka, penamaan tadi tidak sah lagi. Maka, isteri hanya mendapat 1/8 sahaja (RM12500) dari pampasan takaful anda melalui kaedah faraid.


Adakah itu pilihan anda? Sedangkan di syarikat Takaful anda boleh pilih hibah.

Kenapa nak pilih sebahagian jika ada pilihan yang anda boleh berikan 100% kepada waris anda?

Jika ingin yang 100%, hubungi saya. Semua produk boleh pilih samada nak Wasi/Hibah.




DAPATKAN PROPOSAL PERCUMA DI SINI.

Rabu, 8 Februari 2012

Senarai 36 Penyakit Kritikal Yang Di Lindungi

36 Penyakit kritikal yang dilindungi di bawah Pelan Takaful.

Kebiasaannya anda tidak dilindungi oleh polisi hospital syarikat jika anda mengidapi penyakit-penyakit di bawah. Syarikat hanya melindungi pelan hospital dan pembedahan sahaja.
1. Penyakit Arteri Koronari
2. Penyakit Arteri Koronari Yang Serius
3. Pengantian Injap jantung
4. Pembedahan Aorta
5. Kardiomiopati
6. Ensefalitis
7. Tumuo Otak Benigna
8. Meningitis Bakteria
9. Penyakit Neuron Motor
10. Penyakit Parkinson
11. penyakit Aizheimer
12. Poliomielitis
13. Sklerosis Berbilang
14. Sindrom apalik
15. Lumpuh
16. Koma
17. Hilang keupayaan Diri
18. Hilang Perlihatan
19. Hilang pendengaran
20. Hilang pertuturan
21. Kanser
22. Anemia Aplastik
23. Trauma Kepala Utama
24. Luka Terbakar teruk
25. Pemindahan Organ utama
26. kegagalan Buah pinggang
27. Penyakit hati kronik
28. Hepatatis Virus Fulminan
29. Serangan jantung
30. Angioplasti
31. Hipertensi Pulmonari Arterial Primer
32. Pembedahan Otak
33. Strok
34. Lumpuh Paraplegia
35. Penyakir paru paru kronik
36. Distrofi otot



Selasa, 7 Februari 2012

Awas! najis berdarah.

Dari Utusan Malaysia

KANSER kolon merupakan kanser yang terdapat di dalam usus besar (kolon) iaitu bahagian bawah sistem pencernaan anda. Kanser rektal pula terdapat di lapan hingga 10 inci terakhir kolon.
Apabila kedua-duanya bergabung, ia dikaitkan dengan kanser kolorektal dan menjadi punca kedua kematian yang melibatkan kanser di Malaysia terutamanya kaum lelaki.



Menurut Perunding Bedah Kolorektal dan Laparoskopik Hospital Prince Court, Dr. Yunus Gul Alif Gul, kes kanser kolorektal kini semakin meningkat.
“Dianggarkan 10 peratus menghidap penyakit ini di seluruh dunia. Kes pertama yang dilaporkan di Malaysia adalah pada 2002. Statistik terkini menunjukkan 14.2 peratus pesakit adalah lelaki dan sembilan peratus pesakit wanita. Secara keseluruhannya, orang Cina paling banyak menghidap kanser ini. Kanser ini juga menjadi penyakit kedua tertinggi selepas kanser payudara bagi wanita dan paling banyak di kalangan lelaki,” ujarnya.

Dr. Yunus Gul menerangkan, simptom penyakit ini adalah perdarahan dari dubur, perubahan rutin membuang air besar, sembelit, anemia (kurang darah), berat badan menurun dan ada kemungkinan tidak ada gejala. Ini bergantung pada ukuran dan kedudukan tumor.

Tambahnya, kanser ini boleh merebak tanpa mengira usia.

“Statistik menunjukkan lebih 80 peratus pesakit merupakan mereka yang berusia 50 tahun ke atas. Namun, jika anda pernah mempunyai kanser atau adenoma polipus, anda berisiko lebih tinggi untuk menghidap kanser kolorektal pada masa akan datang.
Kebarangkalian anda menghidapi kanser kolorektal adalah tinggi sekiranya ahli keluarga anda mempunyai penyakit tersebut,” jelasnya.

Diagnosis
Dr. Yunus Gul menyarankan, jika terdapat simptom-simptom kanser kolorektal, segera berjumpa doktor untuk ujian penyaringan yang teratur.

Tambahnya, di Amerika Syarikat misalnya, terdapat saranan supaya penyaringan kanser kolorektal bermula pada usia 50 tahun dan ia diadakan dengan lebih kerap atau lebih awal jika anda mempunyai latar belakang keluarga yang menghidap penyakit tersebut.

“Penyaringan amat penting untuk mengesan polipus sebelum ia bertukar kanser. Pesakit juga mempunyai peluang yang baik untuk pulih jika kanser berjaya dikesan pada peringkat awal.
Kebanyakan kes yang saya temui sudah di peringkat ketiga dan keempat.
Perasaan risau dan takut untuk melakukan ujian penyaringan perlu diubah. Kebanyakan prosedur ini hanya mendatangkan ketidakselesaan yang minimum,” tambah beliau.

Dr. Yunus menjelaskan, antara penyaringan yang dilakukan adalah dengan menjalani pemeriksaan rektal secara digital.
Selain itu, doktor akan melakukan ujian darah fekal okulta untuk memeriksa sampel najis.
Kaedah lazim lain yang sering digunakan ialah sigmoidoskopi yang fleksibel dengan menggunakan tiub halus dan berlampu di hujungnya untuk memeriksa rektum dan sigmoid anda.
“Doktor juga sering menggunakan kolonoskop iaitu satu tiub yang panjang dan halus disambungkan ke kamera video dan monitor bagi membolehkan doktor melihat keseluruhan kolon dan rektum anda.
Kebiasaannya, doktor turut melakukan ujian genetik. Ini penting bagi anda yang mempunyai latar belakang sejarah kanser kolorektal,” katanya.

Golongan berisiko
Kanser ini juga dikaitkan dengan diet yang rendah fibernya dan tinggi dalam lemak dan kalori.
Keadaan semakin rumit apabila anda tidak melakukan senaman atau tidak aktif kerana sisa-sisa buangan akan berada di dalam kolon anda dengan lebih lama.

Justeru Dr. Yunus Gul menggalakkan anda melakukan aktiviti fizikal secara teratur bagi mengurangkan risiko kanser merebak.
Tambah beliau, mereka yang merokok dan minum alkohol juga berisiko tinggi menghidap penyakit ini.
Apa yang merunsingkan beliau, ramai pesakit keliru dengan simptom kanser ini dengan buasir apabila adanya darah di dalam najis.

“Ia mungkin menunjukkan tanda-tanda berlakunya kanser tetapi ia juga boleh menunjukkan keadaan-keadaan lain. Darah merah yang anda lihat pada tisu tandas mungkin akibat buasir atau koyakan kecil di dalam dubur anda. Bagaimanapun, lebih baik jika anda berjumpa doktor dengan segera jika terdapat sebarang tanda darah atau perubahan di dalam bentuk najis kerana ia boleh menunjukkan tanda yang lebih serius. Seelok-eloknya anda berjumpa doktor jika ia berlaku lebih daripada tiga hari dan berterusan,” katanya.

Rawatan dan pencegahan
Menurut Dr. Yunus Gul, rawatan yang lazim bagi kanser ini adalah pembedahan tetapi ia berbeza dengan kaedah pembedahan 10 tahun dahulu.
“Jika dahulu, pembedahan akan meninggalkan saiz parut yang besar pada bahagian perut tetapi sekarang ia hanya meninggalkan parut sebesar ibu jari. Malah, ada pesakit yang boleh bekerja selepas dua atau tiga minggu melakukan pembedahan.

“Rawatan kimoterapi pula bergantung pada tahap kanser. Walaupun kanser ini boleh dirawat, pesakit yang menjalani pembedahan perlu melakukan ujian penyaringan sepanjang 10 tahun pertama.
Ini kerana kanser ini berpotensi menyerang lagi di tempat lain atau kawasan yang sama,” ujarnya.
Sama seperti penyakit lain, ubat yang paling mujarab merawat penyakit ini adalah pencegahan.

Untuk itu, Dr. Yunus Gul menasihatkan agar mengamalkan cara hidup sihat, makan lebih sayuran dan makanan berserat tinggi, banyakkan minum air masak, elakkan alkohol, rokok dan bersenam.

KLIK SINI UNTUK DAPATKAN PROPOSAL PERCUMA