Ahad, 18 Mac 2012

Rhb Asset Management Sdn Bhd. Bagaimana memaksimumkan pulangan pelaburan?

Dari soal jawab Utusan Malaysia.


SAYA berumur 25 tahun, baru memulakan pekerjaan dan akan menerima bonus tidak lama lagi (anggaran bonus tersebut adalah sekitar RM10,000). Pada masa ini, saya mempunyai RM2,000 simpanan dan kebanyakan gaji digunakan untuk perbelanjaan harian, pinjaman dan simpanan (RM300 adalah untuk simpanan setiap bulan).
Saya memerlukan panduan bagaimana untuk melabur bonus saya dalam produk berkaitan syariah. Apakah cadangan produk terbaik?
Dzain Daniel, Kuala Lumpur

Usia sekitar 20-an adalah waktu terbaik untuk menyimpan dalam usaha mencapai sasaran kewangan dalam kehidupan. Perancangan perbelanjaan berhemah semasa usia tersebut dapat membantu menghalang hutang tidak perlu, membolehkan anda memperuntukkan duit untuk perkara-perkara penting dan mengambil kesempatan terhadap kuasa pada masa hadapan.
Perkara yang penting pada usia ini adalah bukan wang tetapi waktu. Mereka yang mula menyimpan pada usia ini bakal mendapat manfaat besar terutama semasa persaraan dengan usaha yang sikit asalkan mereka kerap melabur.
Sebagai contoh, mereka yang berusia 25 tahun melabur RM2,000 setahun untuk tempoh lapan tahun dan tidak menambah pelaburan walaupun seringgit selepas 33 tahun, mereka boleh mendapat lebih pada usia 65 tahun berbanding mereka yang berusia 35 tahun melabur RM2,000 setahun untuk 32 tahun, walaupun mereka melabur lebih empat kali.
Untuk memulakan pelaburan, perkara pertama perlu dilakukan adalah mengetahui objektif mereka. Anda perlu tahu apa yang dilaburkan dan untuk berapa lama. Matlamat biasa adalah perancangan untuk persaraan, menyimpan untuk pendidikan atau membeli hartanah.

Walaupun apa matlamatnya, anda perlu memikirkan mengenai berapa banyak yang diperlukan dan bila waktunya.
Sekiranya matlamat anda adalah untuk tempoh tiga tahun adalah lebih baik melabur secara konservatif seperti deposit bank atau dana pasaran kewangan.

Terdapat juga produk berasaskan syariah sebagai alternatif. Tetapi untuk jangka panjang anda mungkin boleh memilih untuk melabur dalam pasaran saham. Mengikut sejarah pasaran saham pada kebiasaannya mendahului jenis-jenis pelaburan lain dalam jangka panjang.
Ketidaktentuan pasaran menjadikan pelaburan kurang ideal untuk jangka pendek, melainkan anda mempunyai kemampuan risiko yang tinggi.
Dengan jumlah pelaburan tersebut, mungkin anda boleh memilih melabur dalam unit amanah ekuiti berasaskan syariah atau alternatif lain seperti Amanah Saham.

Sebagai permulaan, anda boleh melabur di dalam dana yang hanya memerlukan jumlah pelaburan minimum sebanyak RM1,000 dan apabila anda ingin melabur selepas itu, anda hanya memerlukan kadar serendah RM100.
Jumlah tersebut berbeza antara bank-bank atau syarikat-syarikat. Apa yang terbaik adalah anda menyemak terlebih dahulu dengan mereka.

Selain itu, dana-dana tersebut adalah pelbagai dan diuruskan oleh pakar. Kepelbagaian boleh mengurangkan risiko pelaburan berbanding memberi tumpuan kepada satu kaunter sahaja.
Sebagai tambahan, dana berasaskan syariah mempunyai proses memastikan ia mematuhi standard syariah ditetapkan.
Sebagai pelabur baru, ia akan menjadi sukar untuk anda mengikut pasaran atau cuba membeli pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi. Anda mungkin jika saham merudum. Kami mencadangkan strategi pelaburan percubaan dan uji.
Jangan letakkan jumlah tetap ke dalam dana atau saham pada sesuatu masa, sebagai contoh bulanan. Dengan melabur jumlah tetap setiap masa tidak mengira harga, pelabur dapat mengasingkan emosi dari proses membuat keputusan pelaburan.

Pelaburan tetap pada setiap masa mengelakkan kehendak untuk mengubah pelaburan kepada 'maklumat terkini' atau menarik diri ketika berhadapan kesukaran.
Adakah ia dapat melindungi pelaburan anda? Tidak kerana sebagai pelabur anda perlu memilih pelaburan berkualiti. Tiada strategi pelaburan yang berjaya setiap masa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan