Sabtu, 15 Februari 2014

Deposit dan Bil Hospital Swasta

Mampukah kita ketika saat-saat memerlukan?


Kali ini saya ingin berkongsi tentang deposit dan juga kadar bil hospital swasta.

Baru-baru ini, salah seorang anak kepada sahabat saya, tadimasukkan ke wad di Hospital KPJ Tawakkal.

Sebelum dibenarkan masuk, seperti biasa pihak hospital swasta akan meminta pembayaran deposit sebelum dibenarkan mendapat rawatan penuh. Di bawah adalah deposit yang akan dikenakan di KPJ Tawakkal.


Bayaran Deposit di Hospital  KPJ Tawakkal Kuala Lumpur
Bayaran Deposit di Hospital  KPJ Tawakkal

Berapa deposit yang perlu dibayar?

Deposit adalah bergantung kepada jenis rawatan yang anda perlukan. Tujuannya adalah untuk memastikan bayaran rawatan boleh ditampung oleh anda. Dan kebiasaannya, jika ada lebihan dari kos sebenar, ianya akan dipulangkan.

Sebagai contoh untuk rawatan perubatan biasa an taupun kanak-kanak, jumlah deposit minimum adalah RM5,000. Manakala untuk rawatan Angioplasti, deposit mencecah sehingga RM20,000. Bayangkan ketika dihimpit dengan kos kehidupan yang tinggi, mana nak cari deposit atau kos rawatan setinggi itu!

Bagaimanapun, sahabat saya ini adalah pencarum takaful di bawah pelan Medikal Kad Keluarga Takaful , dan oleh sebab itu, beliau hanya perlu membayar deposit hanya RM200 sahaja.

Dan segala bil rawatan anak beliau dijamin bayar oleh pihak Syarikat Takaful. Di bawah adalah bil rawatan anak beliau.


Contoh Bil pelanggan AIA Public Takaful yang telah dijelaskan di bawah pelan AMedik
Bil Hospital yang dibayar oleh Syarikat Takaful


Dalam kes sahabat saya ini, bil keseluruhan adalah RM3,517 dan deposit adalah RM200. Keseluruhan bil dibayar oleh pihak Syarikat Takaful dan deposit RM200 dipulangkan balik.


Dengan adanya Medikal Kad Keluarga Takaful, anda tidak perlu risau tentang bil yang tinggi yang terpaksa dibayar. 

Hanya dengan harga atau caruman RM51 sebulan untuk pelan individu dan RM230 sebulan untuk pelan keluarga, anda telah menyediakan perlindungan rawatan hospital tahunan RM90,000 seorang.

Berminat? Hubungi saya di 019 333 0342 atau Email reduanhanif@gmail.com atau isi Quotation Form.