Selasa, 14 Julai 2015

Panduan/Tips sebelum pulang ke kampung sempena Aidilfitri

 
Imtiyaz Consultancy adalah wakil agensi berdaftar AIA Public Takaful Berhad
Imtiyaz Consultancy AIA Public Takaful Berhad

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Reduan Hanif.



Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ada yang sudah mula bergerak balik ke kampung halaman masing-masing. Dan ada yang sedang sibuk membuat persiapan Hari Raya dengan membeli belah pakaian dan kuih raya.

Panduan/Tips sebelum pulang ke kampung sempena Aidilfitri
Balik Kampung untuk Hari Raya menjadi budaya wajib di Malaysia.

Sebelum bertolak balik ke kampung halaman, anda harus mengambil beberapa langkah keselamatan. Berdasarkan statistik keselamatan jalan raya, kadar kemalangan ketika balik bercuti di hari perayaan adalah sangat tinggi. Walaupun banyak operasi jalanraya seperti Ops Sikap, namun tidak mampu mengubah sikap sesetengah pemandu di Malaysia.

Kemalangan jalanraya masih tinggi
statistik kemalangan jalanraya di Malaysia.

Antara tips/panduan yang anda boleh ambil semasa pulang berhari raya kelak :


1. Rancang perjalanan anda. Jika berasa letih atau mengantuk , ambil sedikit masa untuk berhenti rehat.
2. Ikut had laju yang ditetapkan.
3. Semasa menukar lorong, keluar simpang atau memotong pastikan anda memberi lampu isyarat dan pastikan tiada kenderaan terlebih dahulu.
4. Pastikan semua penumpang mengenakan tali pinggang keselamatan. Untuk bayi, pastikan menggunakan kerusi keselamatan (baby car seat).
5. Pastikan anda telah sediakan pelan perubatan untuk seisi keluarga sekiranya diperlukan kelak. Yang belum ada jom apply di sini : http://reduanhanif.blogspot.com/p/aia-afg-takaful-form.html
6. Pastikan kenderaan anda diservis terlebih dahulu.Pastikan kenderaan dalam keadaan baik  sebelum memulakan perjalanan.
7. Pandu secara berhemah dan hormati pemandu lain.
8. Baca doa naik kenderaan.

Dapatkan tips untuk perjalanan balik kampung hari raya ini.
Kesesakan Balik Berhari Raya adalah normal. Bersediakah anda?