Tentang Saya

 
 
 Mengenali Diri Saya


Hubungi 0193330342. Sertai saya sebagai agen AIA Public Takaful.
Alhamdulillah. Berjaya mencapai MDRT Qualifier 2017.

Salam,

Saya Reduan Hanif Bin Hashim. Seorang Takaful Life Planner (Unit Manager) di bawah Agensi  Al-Fateh Empire dan Unit Al-Fateh Infiniti. Sebelum ini kami bernaung di bawah Imtiyaz Consultancy Sdn Bhd.

Makan Gaji 


Sebelum menyertai bidang Insurans Takaful, saya adalah seorang jurutera di beberapa syarikat kejuruteraan. Di antaranya berkhidmat beberapa tahun sebagai Design Engineer di salah sebuah vendor Proton dan syarikat gabungan Nissan Group. Kemudian saya telah berhijrah ke syarikat perisian dari Jepun dan berkhidmat sebagai Technical Support Engineer  untuk pasaran Asia bagi produk Perisian Kejuruteraan.


Kerja makan gaji memang seronok. Setiap bulan saya ada gaji. Tetapi ada juga yang tidak seronoknya. Kebanyakkan masa yang ada habis digunakan untuk bekerja. Nak cuti pun kena tanya bos. Kalau approve barulah boleh cuti.Kalau tak approve jangan mimpi la nak ke mana-mana. Paling tak best bila kena stay di luar negara beberapa bulan untuk memastikan projek berjalan lancar.

Saya bersama sahabat dari Nissan Group, Japan.
Bersama sahabat di Calsonic Kansei Technical Center, Japan.

Membuat Keputusan Yang Drastik


Alhamdulillah rezeki di AIA dan Al-Fateh Empire banyak mengubah saya
Alhamdulillah rezeki di AIA Public Takaful segalanya berjalan lancar.

Pada tahun 2011, saya telah membuat keputusan drastik untuk mengubah kerja saya menjadi kerjaya.
Dari bidang kejuruteraan ke bidang kewangan. Boleh dikatakan pusingan 180 darjah dari pengalaman saya. Saya telah membuat keputusan untuk menyertai Syarikat Takaful Terbaik di Malaysia dan telah membuat keputusan memilih Imtiyaz Consultancy Sdn Bhd dan Al-Fateh Empire sebagai agensi saya untuk berjaya.


Barisan Exco KL Imtiyaz Al Fateh Empire 2014 AIA Public Takaful Berhad
Barisan Exco KL Imtiyaz Al Fateh Empire 2014

Bermula sebagai agen atau sebagai Takaful Life Planner, pada mulanya memang agak sukar kerana saya tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang jualan apatah lagi bidang Insurans Takaful yang memang asing bagi saya. Tetapi saya bertekad untuk memastikan seramai mungkin rakyat Malaysia memiliki pelan perlindungan yang lengkap seperti yang dilakukan di negara maju contohnya negara Jepun yang boleh dikatakan 100% rakyatnya memiliki insurans, saya teruskan juga perjuangan saya walaupun terpaksa menghadapi masa sukar. Saya banyak di bantu oleh Leader-leader yang prihatin dari Imtiyaz seperti DM Wan Zaini dan UM Alan. Serta sokongan isteri saya yang tidak pernah berbelah bagi.


Para pejuang Takaful AIA Public Takaful dari Imtiyaz Consultancy Sdn Bhd bergambar bersama selepas sesi QLPC AIA.
Barisan Pejuang Takaful dari Imtiyaz Consultancy Sdn Bhd

Pelanggan pertama saya adalah keluarga saya sendiri. Kerana bagi saya, keluarga adalah sangat penting. Sebelum kita membuat perkara lain, perkara pertama adalah memastikan keluarga kita selesa dan memiliki pelan backup yang mencukupi. Dari keluarga, barulah saya sharekan dengan kawan-kawan dan juga para pelanggan saya yang lain. Dan alhamdulillah sehingga kini saya mempunyai jumlah pelanggan berdaftar dalam 300 orang.

Perbincangan bersama team member KL Imtiyaz Al Fateh Empire


Pada tahun 2014 saya telah dinaikkan pangkat menjadi Assistant Unit Manager di AIA Public Takaful. Ini yang bestnya kerjaya di bidang Takaful ini. Kerana anda tidak perlu melakukan kerja lebih untuk membodek bos bagi kenaikan pangkat serta bonus. Anda rajin, anda layak, anda akan dapat. Tidak perlu kipas laju-laju untuk dapat bonus dan naik pangkat. Dan juga pada tahun ini saya telah pun dapat trip percuma ke Afrika Selatan di bayar sepenuhnya oleh syarikat.


Imtiyaz Consultancy Open House Raya 2014 di Pusat Sumber Takaful Wangsa Maju.
Imtiyaz Consultancy Open House Raya 2014


Achievement


Antara kejayaan saya semasa di Takaful adalah Top Takaful Sales,Top Cases Takaful, Top Group, Top Producer, Top 5 Takaful Planner, Top 3 Assistant Unit Manager and  Top Rookie Agent.

Sebahagian dari trofi yang diperolehi di dalam bidang Takaful bersama Imtiyaz Consultancy Sdn Bhd





Selepas AIA Rising Star Club bersama DM Wan Zaini dan team saya Azrai dan Ibrahim
Selepas AIA Rising Star Club bersama DM Imtiyaz, Wan Zaini dan team saya Azrai dan Ibrahim

Alhamdulillah. Pengiktarafan dari pihak AIA di atas pencapaian saya.
Sijil2 dari AIA Rising Stars Club



Tiada ulasan:

Catat Ulasan