Sabtu, 17 September 2011

Booth di Pesta Konvo UKM ke 39

Bagi yang tinggal berhampiran Bangi atau yang melawati Pesta Konvo UKM boleh berjumpa saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk2 yang ditawarkan oleh CIMB Wealth Advisors Berhad.

Rabu, 14 September 2011

A-Excel, Menyimpan Sambil Melindungi Diri Anda.

A-Excel

Pelan Perlindungan  dan Simpanan


Impian kewangan  anda  tidak pernah terhenti walaupun  anda melangkah ke fasa hidup  yang berbeza. Menyimpan untuk  impian kewangan anda adalah mudah sekiranya anda merancang kewangan anda  terlebih dahulu dan dengan menyediakan  wang sampingan  tetap untuk  rancangan tersebut. Memperkenalkan  A-Excel,  penyelesaian kewangan lengkap yang menggabungkan perlindungan  takaful dan simpanan dalam satu pelan. A-Excel boleh membantu anda mencapai impian kewangan  anda seperti tanggungan pendidikan anak-anak, modal untuk perniagaan  sendiri ataupun persediaan untuk persaraan.

Apakah  itu A-Excel?

A-Excel adalah pelan  takaful caruman tetap yang  akan matang  di hujung tahun ke 20 sijil dengan bayaran caruman selama 20  tahun.  la menyedíakan perlindungan  takaful diatas kematian ataupun orang dilindungi mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal.

Contoh : Jika anda mengambil perlindungan (sum covered) RM200K, maka setiap 2 tahun anda akan mendapat RM20K. Sehingga tahun ke 20. Atau perlindungan min RM30K anda boleh mendapatkan RM3K setiap 2 tahun secara konsisten. 



FAEDAH
Apakah perlindungan  faedah  yang disediakan?

Pelan  ini menyediakan:

Faedah Kematian
Sekiranya berlaku kematian orang dilindungi sebelum  tarikh matang  sijil dan semasa sijil masih berkuatkuasa, jumlah perlindungan asal dan nilai di dalam akaun peserta ("Nilai Akaun Peserta") akan dibayar. Sekiranya orang dilindungi adalah kanak-kanak,  jumlah perlindungan asal yang  akan dibayar adalah berdasarkan Peratusan Lien Juvenil seperti yang  ditunjukkan seperti dibawah:

Kurang dari 1 tahun 20%
1 tahun 40%
2 tahun 60%
3 tahun 80%
4 tahun atau ke atas 100%


Faedah Hilang Upaya Menyeluruh  dan Kekal (TPD) 

Sekiranya anda hilang upaya menyeluruh dan kekal sebelum umur 60 tahun, Nilai Akaun Peserta  berserta  jumlah  sekaligus yang didahulukan sama ada bersamaan dengan  100% jumlah perlindungan TPD atau 10% dari jumlah perlindungan TPD untuk  tempoh dua(2) tahun pertama, diikuti dengan  baki 80% pada  tahun ketiga, bergantung kepada punca kehilangan upaya  tersebut, akan dibayar.

Faedah Kematangan
Nilai Akaun Peserta akan dibayar  jika sijil masih berkuatkuasa  dan orang yang dilindungi masih hidup  semasa  tarikh matang.

Adakah  saya dibenarkan untuk melampirkan  sebarang  rider ke pelan ini?
Anda boleh memilih untuk meningkatkan  lagi perlindungan  takaful anda dengan menambahkan perlindungan tambahan  yang  terdiri daripada pelbagai pilihan faedah kami dibawah:

1) Faedah  Kehidupan
Kami akan membayar anda Faedah Kehidupan sebanyak  10% darijumlah perlindungan asal pada  setiap penghujung dua (2) tahun sijil sehingga sijil anda matang. Anda boleh memilih untuk menerima Faedah Kehidupan  tersebut ataupun menyimpannya dengan kami untukmenerima keuntungan yang  akan dikongsi di antara Pengendali Takaful dan anda dengan nisbah 20:80.

Secara ringkasnya, setiap 2 tahun anda boleh keluarkan 10% dari jumlah asal. Sekiranya anda membeli jumlah RM30000, maka setiap 2 tahun boleh keluarkan RM3000.

2) Penepian Caruman Penyakit Kritikal
Mengenepikan dan membayar caruman tetap sijil asas dan Faedah Kehidupan  (jika dilampirkan) atas nama peserta  sekiranya orang dilindungi didiagnosiskan menghidap penyakit kritikal yang  tertentu atau menjalani  sebarang pembedahan  yang  dilindungi.

3)Faedah Pencarum  (CB) dan Faedah Pencarum untuk Penyakit Kritikal  (CB-CI)
Sekiranya pencarum meninggal dunia, hilang upaya menyeluruh dan kekal  atau didiagnosiskan menghidap penyakit kritikal  atau menjalani pembedahan untuk  salah  satu dari 35 penyakit kritikal fiika CB-CI dilampirkan) seperti yang  tersenarai di dalam  sijil  takaful, sebelum pencarum mencapai umur 60  tahun ataupun tarikh tamat  rider, yang mana  terdahulu,
semua  caruman akan datang untuk  sijil asas dan Faedah Kehidupan (jika dilampirkan) tidak perlu dibayar sehingga  kanak-kanak  tersebut mencapai umur 25 tahun.

KELAYAKAN
Adakah saya layak memohon A-Excel?
Pelan  ini boleh disertai oleh individu  yang berumur  diantara umur 4 minggu hingga  65 tahun, tertakluk kepada kelulusan pengunderaitan kami.

JUMLAH PERLINDUNGAN
Berapakah  jumlah perlindungan minimum?
RM30,000

CARUMAN
Berapa lamakah  tempoh bayaran caruman  bagi A-Excel?
Caruman perlu dibayar selama 20  tahun sijil ataupun sehingga kematian orang  dilindungi, yang mana  terdahulu.

Jadi apa tunggu lagi? Mulakan menyimpan sekarang disamping melindungi diri anda dengan Simpanan Takaful.

KLIK SINI UNTUK DAPATKAN PROPOSAL PERCUMA