Sabtu, 10 Disember 2016

Ibuku

Hari ini genaplah seminggu arwah mak telah kembali kepada penciptanya. Arwah mak telah pergi pada 3 Disember 2016. Semoga rohnya tenang di sana dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. 

Mak adalah antara yang memberikan sokongan kepada saya semasa saya membuat keputusan untuk berhenti kerja dari seorang jurutera dan menceburi bidang takaful tanpa gaji tetap. Arwah tak pernah menghalang saya memilih bidang ini kerana beliau yakin dengan kemampuan saya. 

Alhamdulillah, sebelum arwah mak pergi, saya sempat mencapai beberapa kejayaan dalam bidang takaful. Dan alhamdulillah, arwah mak sempat melihat kejayaan saya.

Semoga arwah mak ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah.